PUTRAJAYA 6 Jan. – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) memberi sokongan dari segi bantuan kewangan dan teknikal bagi menjayakan “Tomorrow”s Leaders Summit” iaitu persidangan pemimpin-pemimpin belia dari seluruh negara yang akan diadakan buat julung kali selam atiga hari mulai 18 Mac di Sarawak.

Timbalan Menterinya, Datuk Fadillah Yusof berkata, kira-kira RM190,000 telah diperuntukkan untuk program anjuran Glenreagh Sdn Bhd itu, termasuk untuk menyediakan penceramah dan bengkel untuk lima bidang iaitu Animasi, Keselamatan Siber, Teknologi Nano, Brain Gain dan Sains Forensik.

click here to read more